YangSaya Nampak

Jadi keldai dadah kerana ilmu hitam?

In Sosial on November 8, 2011 at 4:23 pm

Dikemaskini dengan berita Utusan Borneo.

MUSTAHIL mereka tidak pernah terbaca di akhbar atau menonton berita di televisyen mengenai bahana berkawan dengan negro yang sering dikaitkan menjadikan teman wanita sebagai penyeludup dadah ke negara-negara tertentu.

Terbaru, yang jadi mangsa ialah seorang wanita 27 tahun dari Siburan bernama Beatrice Laus Johie. Dia didakwa di mahkamah Melbourne, Australia pada 8 November 2011 kerana cubaan membawa masuk heroin kira-kira 1.5 kilogram ke negara terbabit.

Keldai dadah

Dia dikatakan membantu kawan membawa beg mengandungi serbuk dadah. Kawannya tidak dapat pergi ke Melbourne gara-gara “masalah visa”. Disebabkan itu, dia kini mungkin berdepan dengan hukuman 25 tahun penjara dan/atau denda A$550,000.

Begitulah fakta kes serba-sedikit. Sudah banyak kita dengar dan baca kes-kes hampir serupa ini. Mengapa ia masih terjadi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Dr Richard Riot Jaem pernah satu ketika dahulu mengingatkan dan menasihatkan gadis-gadis tempatan agar berhati-hati dalam berkawan dengan lelaki warga asing. Risau nanti jadi mangsa kegiatan penyeludupan dadah.

Ada juga suara-suara nakal yang mengatakan lelaki berkulit hitam dari Afrika itu memiliki ilmu hitam hingga wanita-wanita kita terpikat dan menurut segala apa dikehendaki mereka, waima membawa dadah dalam beg.

Jika benar begitu ceritanya, ‘senjata’ apa yang berupaya menentang kejahatan seumpama ini? Cuma satu, pegangan agama wajar diperkukuhkan dan dalami ajaran agama masing-masing.

Kita berdoa agar Beatrice dan mangsa-mangsa lain terselamat dan dibebaskan jika benar mereka tidak bersalah dan sekadar diperalatkan oleh sindiket sebegini.

Berikut ialah laporan akhbar mengenai kes terbabit.

The Sun
Posted on 8 November 2011

M’sian woman charged with importing heroin in Melbourne.

MELBOURNE (Nov 8, 2011): A 27-year-old Malaysian woman has been charged with attempting to import a marketable quantity of drug into Melbourne Airport in her luggage.

Beatrice Laus Johie, of Kuching, Sarawak, appeared before the Melbourne Magistrates Court Monday and was remanded in custody to reappear before court on Jan 9.

Australian Customs said the woman was subject to a baggage examination by Customs and Border Protection officers after she arrived at the Melbourne International Airport from Kuala Lumpur Sunday morning.

During the examination, the officers noticed an inconsistency in the woman’s luggage, a Customs statement said.

“An x-ray revealed approximately 1.5 kilogrammes of a powdered substance concealed in the lining of her bag,” it said.

“Preliminary testing of the substance indicated the presence of heroin. Further forensic testing will be undertaken to determine the exact weight and purity of the substance.”

Customs said the matter was referred to the Australian Federal Police and the woman was charged with possession and importation of a marketable quantity of a border controlled drug, namely heroin.

The maximum penalty for this offence is 25 years imprisonment and/or a A$550,000 fine.

Malaysian Consul General here, Dr Mohd Rameez Yahaya told Bernama he had spoken to Johie, a nurse, soon after he was informed of her detention.

She alleged that she knew nothing about the heroin in her bag and that it belonged to a friend who was to accompany her to Melbourne but backed away at the last minute saying he had “problems with his visa”, Rameez said.

“I asked if she needed any assistance and she said everything was OK and fine,” he said.

“I also called her mother in Kuching to reassure that the Consulate will help her daughter in her ordeal.” – BERNAMA

Berita Utusan Borneo

Posted on November 9, 2011

Semuanya kerana laman sosial …

KUCHING: Bapa mangsa ‘keldai dadah,’ Beatrice Laus menyalah-kan laman sosial yang mempertemukan anaknya dengan warga asing yang telah memperguna-kannya sehingga ditahan di Melbourne, Australia.

Laus Johie, 49, ketika ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, beliau percaya anaknya telah berkawan dengan seorang lelaki warganegara Nigeria yang hanya dikenali sebagai ‘Anthony’ melalui Facebook sebelum bersetuju untuk menjadi penghantar beg yang disyaki mengandungi dadah dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Ahad lepas.

“Ketika anak saya keluar dari rumah untuk kerja syif tengah hari, 3 November lalu dia turun kerja seperti biasa dan tidak berpesan apa-apa pun kepada saya,” kata ibunya, Pauline Durid.

Pauline menambah, anak saudaranya yang bernama Madeline, 24, yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur pernah beberapa kali menghubunginya dan mengadu tentang Beatrice berkawan dengan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, katanya, belum pun beliau sempat berbuat apa-apa, beliau dimaklumkan bahawa Beatrice sudah ditahan di Australia.

“Waktu itu jam 3.45 tengah hari, saya dan bapanya ke rumah kakak di Kampung Mundai atas urusan keluarga, bila menerima panggilan daripada Duta Australia (Konsul Besar Malaysia di Melbourne) saya terus kelu tidak terkata, kecewa rasanya,” katanya.

Menurut Pauline lagi, Beatrice, 27, merupakan seorang anak yang bijak dan bekerja sebagai pembantu wad di sebuah hospital perubatan swasta di sini.

Katanya, Beatrice dipercayai mengenali ‘Anthony’ yang berada di Kuala Lumpur melalui Facebook.

Beatrice mempunyai tiga orang anak iaitu Ralph, 8, Constance, 6, dan Adrian, 2. Adrian dan Ralph dijaga sepenuhnya oleh ibu bapa-nya di Kampung Seratau, manakala Constance tinggal bersama bekas mentuanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: